
Turut hadir dalam majlis ini, Pegawai Agama Daerah Langkawi, Tuan Syeikh Mohd. Nor Ismardi b. Ismail. Majlis yang disaksikan hampir 300 rakyat yang berada di sekitar kawasan letak kereta ini tamat sekitar jam 5.00 petang

.jpg)
"Seluruh kepimpinan Muslimat PAS Langkawi mendoakan agar para jemaah dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang proses mengerjakan haji. Kami berharap mereka bakal memperolehi haji yang mabrur,"jelas Ustazah Fatiinah binti Ibrahim, Ketua Muslimat PAS Langkawi yang tiba bersama AJK.
Menurut Ketua Lajnah Penerangan dan Dakwah, Sdr Ahmad bin Sidek, dianggarkan sekitar 300 orang bersama-sama mengiringi bakal-bakal haji. "Ini menunjukkan satu sifat ukhwah yang tinggi antara kepimpinan PAS Langkawi dengan masyarakat," tegas beliau.Sdr Cha bin Din, Ketua Cawangan PAS Pasir Hitam, Sdr Zamin bin Abdullah, Setiausaha PAS Cawangan Pasir Hitam serta AJK PAS Cawangan Pasir Hitam yang bertindak selaku tuan rumah sememangnya sibuk melayan tetamu yang hadir. Majlis tamat sekitar jam 11.00 malam.
Hadirin yang hadir bersama-sama menunaikan solat hajat yang diimamkan oleh Ustaz Yusof bin Ismail, Mudir SRIDU Langkawi. Solat hajat ini antara lainnya bertujuan memohon ke hadrat Ilahi agar dipermudahkan segala urusan para jemaah sepanjang bermusafir menunaikan rukun Islam kelima ini.
Sekitar jam 10.15 pagi, para bakal haji mendengar serba sedikit amanat serta harapan dari Hj. Wan Salleh, YDP PKR Langkawi. Ucapan yang diselang-seli dengan rentetan pengalaman beliau sedikit sebanyak dapat dijadikan panduan terutama bagi jemaah yang baru pertama kali akan menjejakkan kaki di bumi Mekah. "Tumpukan amal ibadat di Tanah Suci, janganlah difikirkan sangat akan waris-waris yang ditinggalkan," tegas beliau dalam nada agak berseloroh. Selain menjaga peradaban, para bakal haji dipesan agar tidak terlalu boros ketika di sana.
Ucapan berikutnya adalah dari YDP PAS Langkawi, Encik Zubir Ahmad. "Rakan-rakan turut mendoakan agar bakal-bakal haji mendapat haji yang mabrur," ucap beliau. Bersyukur dengan terpilihnya 72 orang bakal-bakal haji dari Langkawi, dengan menitiskan air mata beliau berharap agar para jemaah turut mendoakan supaya lebih ramai jemaah akan dapat mengiringi panggilan Baitullah pada masa akan datang.Majlis penyampaian sumbangan berbentuk senaskhah Surah Yassin, bam dan minyak gamat, biskut serta wang tunai telah disempurnakan oleh Haji Wan Salleh, YDP PKR Langkawi diikuti oleh Encik Zubir bin Ahmad, YDP PAS Langkawi sekitar jam 10.30 pagi. Keenakan menu nasi lemak, kuih-muih disertakan dengan kepekatan teh dan kopi menanti tetamu diakhir majlis. Kiosk produk tenusu kambing oleh peniaga tempatan turut memeriahkan suasana. SELAMAT BERANGKAT WAHAI TETAMU ALLAH, SEMOGA KALIAN SELAMAT PERGI DAN KEMBALI SERTA MENDAPAT HAJI YANG MABRUR.....Amin
Majlis diakhiri dengan gotong-royong membersihkan kawasan serta menurunkan khemah oleh AJK PAS Kawasan, Pemuda, Muslimat serta individu-individu yang membantu secara sukarela. Diharapkan aktiviti seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Semoga segala usaha murni sebegini mendapat keredhaan dariNya....
Ceramah diteruskan dengan kupasan dan permasalahan yang terpaksa ditanggung kerajaan Pakatan Rakyat akibat ketidakseimbangan corak pemerintahan kerajaan yang lalu. "Kerajaan Pakatan Rakyat amat telus dalam pemberian projek. Setiap projek yang diberikan hanyalah melalui tender terbuka. Amalan memberikan tender secara rundingan bukan cara kita," ulas YB Dato' Haji Phahrolrazi. Beliau yang juga Exco kerajaan negeri Kedah bersyukur memandangkan permasalahan dalam pentadbiran kerajaan negeri dapat ditangani sebaik mungkin.













