Tuesday, October 13, 2009

CERAMAH SEMPENA RUMAH TERBUKA PAS LANGKAWI

LANGKAWI, 8 Okt : PAS Langkawi meneruskan tradisi dengan menganjurkan Ceramah Sempena Rumah Terbuka Aidilfitri di padang bolasepak Pasir Hitam, Mukim Ayer Hangat. Ceramah tersebut antara lain bertujuan mendedahkan senario terbaru kancah politik negara. Ceramah dimulakan selepas solat Isyak dengan pendedahan isu-isu semasa yang melanda politik negeri Perak yang disampaikan oleh Ust. Norazli Musa. Beliau turut menjawab tohmahan UMNO tentang isu pemberian tanah kepada kaum Cina."Kepimpinan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin memberikan tanah kepada golongan Cina miskin, berbeza dengan kepimpinan UMNO/BN yang lebih memberikan tanah kepada tauke-tauke Cina," tegas beliau dengan nada kesal. Ust Norazli turut menyeru kepada semua agar dapat sama-sama mengadakan solat hajat pada 4 November ini memandangkan keputusan mengenai status tampuk pemerintahan negeri Perak akan diumumkan pada 5 November nanti.


Ceramah diteruskan dengan kupasan dan permasalahan yang terpaksa ditanggung kerajaan Pakatan Rakyat akibat ketidakseimbangan corak pemerintahan kerajaan yang lalu. "Kerajaan Pakatan Rakyat amat telus dalam pemberian projek. Setiap projek yang diberikan hanyalah melalui tender terbuka. Amalan memberikan tender secara rundingan bukan cara kita," ulas YB Dato' Haji Phahrolrazi. Beliau yang juga Exco kerajaan negeri Kedah bersyukur memandangkan permasalahan dalam pentadbiran kerajaan negeri dapat ditangani sebaik mungkin.




Monday, September 7, 2009

PAS LANGKAWI BERI BANTUAN BANJIR DI KEDAWANG

Jumaat 4 September, PAS Kawasan Langkawi dengan kerjasama PAS cawangan Gelam telah memberi sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir yang melanda Pulau Langkawi di dalam minggu pertama ramadhan. Kedawang adalah kawasan yang paling teruk terjejas. Ini dapat dilihat dari bilangan penghuni Pusat Penempatan Banjir di Dewan Semerbak Sekolah Menengah Kebangsaan Kedawang yang mengjangkau hampir 1 ribu orang. Sumbangan disampaikan oleh Sdr Zubir Ahmad (YDP PAS Langkawi), Sdr Mazlan Ahmad (TYDP PAS Langkawi) dan Sdr Sobri Rahmat (Pengerusi Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan Pemuda PAS Langkawi). Berikut adalah gambar-gambar sekitar program penyerahan sumbangan itu.













PEMANDU TEKSI LANGKAWI MOGOK

Sabtu 15 ogos, Hampir semua pemandu teksi di Langkawi tidak menjalankan aktiviti membawa penumpang pada hari ini kerana pemandu teksi melakukan mogok membantah tindakan YB Nawawi ( ADUN Kuah ) yang membela kereta sewa 'haram' yang bermaharajalela di Langkawi terutama ketika musim pelancong Arab. Akibat mogok ini aktiviti pelancongan Langkawi terjejas teruk kerana ketiadaan teksi untuk membawa penumpang.
Akibat mogok ini memaksa Menteri Pelancongan YB Dato' Ng Yen Yen dan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bergegas ke Langkawi untuk menyelesaikan tunjuk perasaan itu. Tunjuk perasaan yang berlangsung sampai malam itu berakhir apabila Menteri Pelancongan dan Ketua Pengarah JPJ berucap dan memberi jaminan akan menyelesaikan perkara yang dibangkitkan. Apa yang menarik ialah YB Dato' Nawawi, ADUN Kuah yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Langkawi turut kelihatan dan ingin memberi ucapan tetapi dihalang oleh penunjuk perasaan dengan kata-kata yang 'cukup berbisa' sehingga pihak polis terpaksa mengiringi Dato' Nawawi yang menangis ke kereta dan pulang.
Mogok berakhir sekitar jam 12 tengah malam.

MUNAQASYAH UCAPAN DASAR PRESIDEN PERINGKAT NEGERI KEDAH

Sabtu 15 Ogos, Majlis Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden telah diadakan bermula dari jam 2 petang hingga jam 6 petang bertempat di kompleks PAS Kedah Batu 9. Majlis ini melibatkan semua pimpinan PAS Kawasan dan dewan-dewan dari kawasan-kawasan seluruh negeri Kedah.
Majlis yang dipengerusikan oleh Ust Ahmad Bin Yahya ( Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah ) itu dimulakan dengan ucaptama munaqasyah yang disampaikan YBhg Ust Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man Naib Presiden PAS. Setelah selesai ucaptama dari Ust Tuan Ibrahim, majlis diteruskan dengan pembentangan dari wakil-wakil setiap kumpulan mengikut tajuk masing-masing. PAS Langkawi berada dalam kumpulan 1 bersama Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah dan PAS Jerlun.
Sebagai penutup majlis ialah ucapan penggulungan oleh YAB Dato' Seri Ust Azizan Bin Abd Razak, Menteri Besar Kedah merangkap Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah yang merumuskan apa yang dibahaskan oleh wakil setiap kumpulan. Walaupun rumusan dari Ust Azizan 'cukup pedas' tetapi ianya sangat berguna untuk pimpinan PAS seluruh kawasan Negeri Kedah untuk memahami duduk sebenar sesuatu perkara itu.
Majlis yang tamat pada jam 6 petang itu turut dihadiri oleh sebahagian besar pimpinan PAS peringkat negeri. Antara yang kelihatan ialah Ust Dato' Taib Azamudin ( Timbalan Pesuruhjaya III ), YB Senator Yusof Hussin ( Setiausaha PAS Kedah ), YB Dato' Taulan Rasul ( EXCO Kerajaan Kedah merangkap Bendahari PAS Kedah ) dan YB Ustazah Aishah Ghazali ( EXCO Kerajaan Kedah ).

PROGRAM ISTIQBAL RAMADHAN

Selasa 11 ogos, Satu Majlis ceramah Haraki sempena program Istiqbal Ramadhan telah diadakan selepas solat isyak bertempat di Markas PAS Kedawang.
Program yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Langkawi dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Parlimen Langkawi itu telah mengundang salah seorang pimpinan Dewan Ulamak PAS Negeri Kedah iaitu Ust Mohd Rejab.
Mudah-mudahan dengan ceramah Ust Mohd Rejab yang cukup 'berapi' itu akan memberi suntikan semangat kepada pejuang PAS untuk terus berjuang menyuburkan bumi Allah dengan Hukum Allah SWT InsyaAllah.

Wednesday, August 5, 2009

BACAAN YASIN UNTUK AYAH BENDAHARI PAS KAWASAN

Selasa 4 Ogos, PAS Kawasan Langkawi telah mengadakan satu majlis bacaan yasin bertempat di SRIDU Langkawi untuk mendoakan keselamatan Haji Ya (ayah kepada Bendahari PAS Kawasan Langkawi) yang akan menjalani pembedahan di Kedah Medical Centre pada 5 Ogos 2009 (rabu).
Majlis dimulakan dengan Solat Isyak berjemaah yang diimamkan oleh YDP PAS Kawasan Langkawi Sdr Zubir Bin Ahmad.Bacaan Yasin dimulakan sejurus selepas solat isyak dan dipimpin oleh Ustaz Nazmi Bin Natzeri yang merupakan Setiausaha Pemuda PAS Kawasan Langkawi.
Majlis yang turut dihadiri oleh pimpinan Dewan Pemuda dan Muslimat kawasan itu turut diadakan kerana memohon untuk diselamatkan dari virus influenza A H1N1 yang telah menyebabkan Maktab Mahmud Langkawi dan Kolej Komuniti Langkawi ditutup selama seminggu.

Tuesday, July 28, 2009

CERAMAH ISU SEMASA

Satu ceramah penjelasan isu semasa anjuran Lajnah Penerangan Dan Dakwah PAS Kawasan Langkawi telah diadakan pada 26 Julai (ahad) bertempat di Ranggut Besar.Penceramah yang dijemput ialah YB Salahuddin Ayub (Naib Presiden PAS) dan Ust Ahmad Yahya (Ketua Pemuda PAS Kedah)
Bilangan orang ramai yang hadir pada ceramah tersebut amat memberansangkan dengan turut kelihatan ialah masyarakat tionghua yang turut hadir pada ceramah itu.