Monday, November 23, 2009

MAHKAMAH TOLAK PERMOHONAN SPR TANGGUH PILIHANRAYA KOTA SIPUTEH

PUTRAJAYA, 23 Nov - Mahkamah Tinggi mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar mengadakan pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Kota Siputeh, Kedah segera dan menolak permohonan SPR untuk ditangguhkan.Ia perlu diadakan dalam tempoh 60 hari berkuat kuasa 16 November lalu, kata hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin dalam keputusannya hari ini.Bagaimanapun Jabatan Peguam Negara yang mewakili SPR mahu memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.Seminggu sebelum itu, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa SPR wajar mengadakan pilihan raya kecil di kerusi berkenaan selepas didapati wujud kekosongan.Namun Jumaat, 20 November lalu, SPR memohon hakim itu agar menangguhkan keputusan tersebut.SPR memfailkan permohonan itu pada Rabu, 18 November selepas Alizatul mengisytiharkan kerusi DUN itu kosong dan memutuskan bahawa Datuk Abu Hassan Sharif bukan lagi wakil rakyat kawasan berkenaan selepas gagal menghadiri persidangan DUN dua kali berturut-turut tanpa kebenaran.Pada Sept 1, Speaker DUN Kedah memfailkan semakan kehakiman selepas SPR menerima sijil cuti sakit Abu Hassan berikutan ketidakhadirannya dalam persidangan DUN serta mengisytiharkan bahawa tidak berlaku kekosongan bagi kerusi itu dan wakil rakyat BN itu masih merupakan ADUN kawasan berkenaan.

Saturday, November 21, 2009

TUAN GURU NIK AZIZ ANTARA 50 TOKOH BERPENGARUH DUNIA ISLAM 2009

KUALA LUMPUR, 20 Nov - PAS mendapat penghormatan dunia Islam apabila Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah disenaraikan antara '50 tokoh Islam paling berpengaruh di dunia'.
Menteri Besar Kelantan itu, disenarai di tempat ke 42 dalam senarai '500 Muslim yang Berpengaruh Tahun 2009'.The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” tahun 2009.Para tokoh muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusian dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan ramai orang.“500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia” sepanjang tahun 2009 itu, dibahagi dalam 15 katagori, antara lain katagori ulama, politik, cendekiawan, perempuan, pemuda, ilmu dan teknologi, media sampai kategori muslim radikal.
(Nik Aziz ditangga ke 42 Muslim paling berpengaruh di didunia)Tokoh Muslim dunia lainnya yang masuk dalam daftar 50 tokoh peringkat teratas dimulai dengan, Raja Saudi, Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud; pemimpin spritual Iran, Syed Ali Khamenei; PM Turki Recep Tayyib Erdogan; Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Pimpinan Universitas Al-Azhar, Kairo, Dr Muhammad Sayyid Tantawi; Syaikh Yusuf Al-Qaradawi; Pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir Syaikh Mohammad Mahdi Akef, Sekjen Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah dan Pimpinan Hamas, Khaleed Mishal.Nama Anwar Ibrahim turut disenaraikan di dalam lis 450 “Honourable Mention” di dalam pencapaian di bidang masing-masing dan diantara tokoh Islam yang signifikan di dalam dunia. Nama Anwar Ibrahim tersenarai di bidang politik berserta dengan nama Tun Dr Mahathir Mohammad tetapi nama Mahathir tidak disenaraikan di dalam “Honorable Mention”.Dari kalangan cendekiawan, daripada Malaysia yang tersenarai ialah Prof Emeritus Datuk Osman Bakar, Timbalan Naib Chancellor, Universiti Malaya dan Professor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof. Dr. Mohammad Hashim Kamali.Mohideen Abdul Kadir, Naib Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang di dalam kategori Pembangunan sementara Kumpulan Raihan turut tersenarai di dalam katagori Seni dan Budaya.Dalam pengantar buku yang diterbitkan untuk membantu dan membuka wawasan tentang pengaruh umat Islam di dunia saat ini dan beragamnya kelompok-kelompok Islam yang ada di seluruh dunia.Penyusunan buku ini melibatkan pengamat dunia Islam yang namanya sudah dikenal secara meluas di dunia antarabangsa, Profesor John Esposito dan Profesor Ibrahim Kalin sebagai editor utama.

Monday, November 16, 2009

Wednesday, November 11, 2009

ROYALTI MINYAK : KELANTAN PANGGIL TENGKU RAZALEIGH

KOTA BHARU, 12 Nov - Kelantan akan meneruskan misi tuntutan hak royalti minyak negeri itu dengan memanggil bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah memberi penjelasan kedudukan sebenar kepada rakyat negeri itu.Exconya, Datuk Husam Musa berkata, perkara itu telahpun dipersetujui Tengku Razaleigh dalam pertemuan mereka sewaktu di parlimen baru-baru ini.''Saya mendapat persetujuan itu dua hari lalu semasa di Parlimen dan Ku Li akan bersama dalam ceramah yang dikendalikan oleh kerajaan negeri kelak," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini, semalam.Antara lain Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang itu akan memberi penjelasan berhubung perjanjian antara Kerajaan Negeri dengan Petronas yang telah dibuat pada 1975.Kerajaan negeri bagaimanapun belum menetapkan masa untuk megadakan majlis penjelasan tersebut."Kita tidak pasti lagi bila ceramah itu akan diadakan kerana Menteri Besar Kelantan (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) menunaikan haji di Makkah.“Kalau sempat, kita buat sebelum Menteri Besar pergi. Jika tidak kita buat selepas itu,” ujarnya.Selain itu, kerajaan negeri juga telah melantik sebuah syarikat guaman untuk menjadi panel menuntut wang royalti tersebut.Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat berkata, tunggakan bayaran royalti pusat kepada Kelantan kini mencecah RM2 bilion.Ianya kerana Kawasan Pembangunan Bersama (JDA) mula mengeluarkan hasil pada 2005, dan Kelantan sepatutnya memperoleh RM400 juta setiap tahun.Maka sejak dari itu jumlah keseluruhan tunggakan adalah sebanyak RM2 bilion.'' Mengikut rekod, kerajaan Pusat menerima RM800 juta untuk 2010 dan kita berpendapat separuh dari pembayaran itu yang sepatutnya dilakukan secara tunai adalah untuk Kelantan.Menurutnya, keadaan itu sama seperti yang dibayar kepada negara Thailand. ''Ini sama seperti yang diamalkan oleh Thailand, negara itu memperoleh RM800 juta dan RM400 juta diberikan kepada wilayah Songkhla," ujarnya.Kelantan ujarnya tidak wajar dinafikan bayaran royalti kerana Sarawak dan Sabah telah menerima bayaran seumpamanya walaupun operasi perolehan minyak lebih jauh tiga batu nautika daripada perairan negeri tersebut.Selagi belum mendapat bayaran royalti tersebut, kerajaan negeri tegasnya akan menggunakan seluruh saluran yang ada bagi memastikan hak rakyat negeri itu dikembalikan.

Tuesday, November 10, 2009

MEREKA SEDANG PECAHKAN KITA

KUALA LUMPUR, 11 Nov - Selain melaga-lagakan mereka dalam media, pihak lawan juga menggunakan risalah dan sebaran lain untuk melaga-lagakan pemimpin PAS itu.
Ia dipercayai bertujuan untuk memburuk-burukkan PAS di mata umum, kata anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali.Menurut Lo' Lo', kakitangan pejabat beliau menemui banyak risalah yang disebarkan di merata-rata tempat dalam kawasan Parlimen yang diwakili beliau iaitu Titiwangsa.Antaranya, poster dan risalah itu di gantung dan bertaburan atas jalan di Keramat dan sekitar.Poster itu berbunyi 'PAS pecahbelahkan Melayu' dan 'Anwar mainkan PAS'.

Untuk pecahbelahkan Melayu, poster haram tanpa penerbit itu memaparkan gambar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.Risalah Anwar mainkan PAS pula memaparkan gambar Abdul Hadi dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penasihat DAP, Lim Kit Siang."Mereka cuba pecahkan kita," tulis Dr Lo' Lo' dalam pesanan ringkasnya kepada Harakahdaily.

Saturday, November 7, 2009

SEMINAR MEMPERKASAKAN PAS

KUALA LUMPUR, 7 Nov - Dewan Datuk Fadzil Noor, Taman Melewar hari ini mengembalikan nostalgia, apabila lebih seribu orang pemimpin utama PAS dari seluruh negara berhimpun sejak jam 8 pagi untuk menyertai satu seminar bagi memperkasakan parti.

Ucaputama yang menggariskan halatuju PAS sebagai sebuah parti politik utama dan gerakan Islam dinegara ini disampaikan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Beliau memulakannya dengan memetik ayat suci Al-Quran dari Surah Al-Maidah yang menerangkan tentang sifat sebenar orang beriman dalam melaksanakan urusan perjuangan, suatu amanah yang dituntut dalam kehidupan ini.

Katanya, antara sifat orang-orang beriman itu adalah, mereka mampu berhadapan dengan berbagai celaan orang yang mencela yang menjadikan golongan tersebut ’mampan dan kalis ujian’ dan akan dapat mencapai kemenangan.

Beliau menegaskan, sifat-sifat parti Islam itu jelas berbeza dengan parti politik lain, walau antaranya terdiri dari umat Islam, mereka tidak sampai ke penghujung.

Seminar Memperkasakan Parti ini diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa PAS minggu lalu, setelah suasana ‘kecoh sebentar’ ekoran tulisan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mempertikaikan beberapa pimpinan utama PAS dalam laman blognya.

PAS teruskan komitmen kukuhkan Pakatan Rakyat


Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menegaskan bahawa parti itu akan meneruskan komitmen mereka bagi memperkukuhkan Pakatan Rakyat.

Sehubungan itu, beliau berkata, PAS akan memainkan peranan yang lebih aktif dalam Pakatan Rakyat untuk memimpin rakyat ke arah perubahan.

"Ingin saya tegaskan untuk kesekian kalinya bagi kita terus bersama Pakatan Rakyat.

"Hubungan yang kita bina bersama Pakatan Rakyat ini adalah bertitik tolak dari asas persamaan iaitu semua pihak bersetuju untuk memerangi penyelewengan rasuah dan sebagainya," katanya dalam ucaptama sempena Seminar Memperkasakan Parti di sini, hari ini.

Bagaimanapun Abdul Hadi berkata, persefahaman yang wujud itu dilakukan tanpa mengorbankan dasar yang diperjuangkan PAS.

"PAS bergerak di atas sifatnya sebagai sebuah parti dakwah, hubungan yang terbentuk ini kuat tapi fleksibel.

"Bukan hubungan yang kuat, kukuh tapi tidak fleksibel atau rapuh. Strategi bersama ini berjaya menyekat BN (Barisan Nasional) sehingga kini mereka berhadapan dengan keretakan sebagaimana yang kita saksikan sekarang ini," katanya sebagaimana dilaporkan mStar Online.

Tambah Abdul Hadi, PAS perlu memperkukuhkan kekuatan bagi memenangi undi di kalangan pengundi Islam namun dalam masa yang sama berusaha untuk meraih undi penyokong bukan Islam.

"PAS hendaklah membina dan memperkukuhkan lagi kekuatannya di atas asas pencapaian pengundi Islam yang menjadi tonggak sebenar perjuangan Islam.

"Tapi dalam masa yang sama hendaklah mendapatkan undi bukan Islam sebanyak mungkin kerana inilah pendekatan politik yang sebenarnya, asalkan kita mempelihara, akidah dan menjaga sempadan," katanya.

Menurut Abdul Hadi lagi, PAS perlu mengamalkan dasar keterbukaan dan seterusnya menjalinkan hubungan dengan semua pihak yang boleh membawa kepada kemenangan Islam.

Selain itu dalam ucapannya juga, Abdul Hadi menyeru kepada lebih 1,000 ahli yang menghadiri seminar hari ini supaya bersikap lebih matang dalam menerima setiap kritikan kepada PAS dengan hati terbuka.

"Apabila PAS mendapat perhatian umum, ramai peminat yang akan memberikan komen-komen.

"Ada yang manis, ada pahit, jadi kita kena menjadi parti yang matang menilai antara keritikan untuk kekuatan," katanya.

Monday, November 2, 2009

DIALOG RAKYAT

BAHAYA ARAK KEPADA MASYARAKAT



KUAH, 30 Okt - Pas Langkawi sekali lagi turun padang bersama-sama bagi menjayakan program Dialog Rakyat "Bahaya Arak Kepada Masyarakat". Majlis anjuran bersama WEHDAH, PERDAH, PERKIM, TERAS dan ABIM yang dimulakan jam 3.oo petang ini di adakan di Dataran Letak Kenderaan Majlis Perbandaran Langkawi, berhadapan Hotel Bayview. Sekitar jam 11.00 pagi sukarelawan yang diketuai Ketua Lajnah Penerangan dan Dakwah Pas Langkawi, Sdr Ahmad b. Sidek telah bertungkus lumus menyiapkan peralatan siaraya serta persiapan akhir. "Pas Langkawi sememangnya telah merancang untuk mengadakan kempen anti arak. Syukur, Allah telah memberikan laluan, NGO yang menyahutnya," tegas beliau.

Menurut Encik NV Subbarow, rakyat Malaysia telah membelanjakan 500 million USD setahun untuk membeli arak."Pengerusi CAP menyatakan arak adalah syaitan. Jangan benarkan rumah anda dimasuki 2 syaitan (judi dan arak). Perkara ini merupakan penyumbang terbesar keruntuhan rumahtangga," ucap beliau sejurus memulakan ucapan. Encik NV Subbarow merupakan Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang turut kesal dengan kedudukan Malaysia sebagai pengguna alkohol ke-10 di dunia.

Berdasarkan pengamatan secara rambang aktivis yang turut serta, di sekitar Pekan Kuah sahaja terdapat lebih 20 premis yang menjual arak. Antaranya pusat-pusat hiburan serta kedai-kedai yang menjual arak secara terang-terangan.

Menurut Setiausaha Sekretariat Himpunan Ulama' Asia, Cikgu Haji Mohd. Azmi b. Abd. Hamid, semua agama perlu bersatu untuk menolak arak. "Industri jenayah 'halal' di Malaysia ialah industri arak. Arak menjadi punca jenayah yang lain, masalah keluarga, produktiviti menurun, kemalangan jalan raya serta beberapa unsur negatif yang lain," tegasnya. Beliau juga merupakan Presiden TERAS, Ahli Jawatan Kuasa Global Alcohol Policy Alliance Asia Pasific (GAPA) yang beribu pejabat di United Kigdom.

Turut hadir dalam majlis ini, Pegawai Agama Daerah Langkawi, Tuan Syeikh Mohd. Nor Ismardi b. Ismail. Majlis yang disaksikan hampir 300 rakyat yang berada di sekitar kawasan letak kereta ini tamat sekitar jam 5.00 petang