Saturday, November 28, 2009
Monday, November 23, 2009
TUAN GURU NIK AZIZ SETUJU NASIHAT ARIFFAHMI LETAK JAWATAN
Nik Aziz dan Ariffahmi dalam sidang media hari ini.
Menurut Nik Aziz, keputusan itu dibuat bagi menjaga nama baik pimpinan islam khasnya pas sendiri sekaligus menyelesaikan kemelut politik yang sedang berlaku di negeri itu."Semua (yang hadir) menasihati saya supaya menjaga nama baik pimpinan Islam khasnya PAS sendiri untuk menasihat menantu saya supaya mengundur diri dari Perbadanan Menteri Besar (PKMB),""Fitnah yang dilempar blogger , surat-surat layang, saya pun terima banyak, untuk jaga nama baik pimpinan Islam, maka saya dengan segala senang hati untuk jaga (elak) fitnah," katanya.Beliau dalam pada itu memberitahu akan meminta Ariffahmi yang juga menantunya berbuat demikian.Bagaimanapun, terserah kepada Ariffahmi bila dia mahu meletakkan jawatan tersebut."Tarikh tu terserah kepada dia," katanya lagi.Nasihat peletakan jawatan itu juga tegasnya adalah disebabkan oleh fitnah dan kecaman yang terlalu banyak diterima Ariffahmi."Masalah sekarang ini menantu saya tu terlalu banyak kecaman dilempar kepadanya oleh orang yang tak bertanggungjawab,"Dalam pada itu, Ariffahmi yang turut hadir pada sidang media tersebut menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka memandangkan ianya dilakukan untuk menjaga nama baik banyak pihak."Saya dapat terima keputusan dengan hati yang lapang, dan sedar keputusan dibuat untuk jaga nama baik kepimpinan dan jaga nama baik PAS, dan juga nama baik kerajan negeri Kelantan," katanya.Beliau turut berterima kasih kepada Nik Aziz yang memberikan kepercayaan penuh kepada kepadanya sepanjang berada di PMBK."Saya juga berterima kasih kepada tuan guru kerana beri kepercayaan kepada saya untuk berada di PMBK selama 8 tahun, dan jawatan terakhir saya sebagai CEO semenjak Syawal, dan saya amat hargai kepercayaannya," katanya.
Transkrip penuh sidang media Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz :
Bismillahirrahmanirrahim
Transkrip penuh sidang media Abdul Ariffahmi
Macam mana pendirian saudara Arif?
Pertama sekali saya ingin nyatakan saya dapat terima keputusan dengan hati yang lapang, dan sedar keputusan dibuat untuk hjaga nama baik kepimpinan dan jaga nama baik Parti Islam Semalaysia, dan juga nama baik kerajaan negeri Kelantan.
Saya juga berterima kasih kepada tuan guru kerana beri kepercayaan kepada saya untuk berada di PMBK selama 8 tahun, dan jawatan terakhir saya sebagai CEO semenjak Syawal, dan saya amat hargai kepercayaannya.
Saya juga pohon sokongan dan dokongan dari semua pimpinan PAS samaada di negeri kelantan, atau di pihak PAS pusat untuk sama-sama berusaha hapuskan tuduhan-tuduhan yang saya sifatkan sebagai fitnah dalam blog tertentu dan saya yakin saya tidak bersalah.
Penerimaan keputusan ini atas sifat jaga jemaah Pas sendiri, dan jaga kerajaan negeri dan jaga nama baik tok guru.
Bila saudara akan lepas jawatan?
Saya akan tengok rekod cuti saya, berapa hari ada, lepas itu saya akan kira, saya akan buat keputusan bila tarikh yang sesuai untuk saya lepaskan jawatan.
Dalam hal ini adakah saudara dinasihat lepas jawatan atau saudara tawar diri untuk lepas jawatan?
Saya hanya menerima arahan, saya seperti biasa saya sentiasa patuh kepada pimpinan, terutama arahan ini, gesaan ini keluar dari mulut tok guru sendiri. Saya sentiasa setia dan patuh pada dia, dan saya terima dengan hati terbuka.
Kenapa saudara tak letak serta merta, bukankah itu lebih baik?
Sebelum ini saya ada merujuk kepada dia, atas desakan yang dibuat ke atas saya, tapi pada masa itu dia minta saya tidak letak jawatan, dan atas asas itu saya teruskan tugas saya sebagai CEO kerana itu arahan dari beliau sendiri untuk teruskan.
Tadi saudara sebut semua fitnah yang dilempar ke atas saudara dalam PMBK dan sebelum ini adalah fitnah, kalau itu fitnah adakah akan ambil sebarang tindakan undang-undang?
Sebenarnya beberapa orang peguam sedang kaji semua tuduhan dan saya sedang teliti dan akan dengar nasihat para peguam dan liohat secara teliti, dan pada masa sesuai nanti kita akan lakukan apa yang patut.
Saya nak ulang lagi, apa yang ditulis dalam blog tertentu sebelum ini yang menyatakan saya telah diminta meletak jawatan dan rentetan itu arahan telah dikeluarkan, saya tak terima arahan itu, dan saya telah pergi ke KL merajuk, itu tak betul, saya hanya terima arahan pada hari ini sahaja, dan saya boleh terima keputusan ini dengan dada yang lapang dan insya ALLAH saya akan sentiasa setia, dan sentiasa hormati tok guru sebagai bapa mertua saya dan pemimpin kita semua.
Apa rancangan masa depan?
Itu belum pikir lagi, mungkin berniaga.
MAHKAMAH TOLAK PERMOHONAN SPR TANGGUH PILIHANRAYA KOTA SIPUTEH
Saturday, November 21, 2009
TUAN GURU NIK AZIZ ANTARA 50 TOKOH BERPENGARUH DUNIA ISLAM 2009
Menteri Besar Kelantan itu, disenarai di tempat ke 42 dalam senarai '500 Muslim yang Berpengaruh Tahun 2009'.The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” tahun 2009.Para tokoh muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusian dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan ramai orang.“500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia” sepanjang tahun 2009 itu, dibahagi dalam 15 katagori, antara lain katagori ulama, politik, cendekiawan, perempuan, pemuda, ilmu dan teknologi, media sampai kategori muslim radikal.
(Nik Aziz ditangga ke 42 Muslim paling berpengaruh di didunia)Tokoh Muslim dunia lainnya yang masuk dalam daftar 50 tokoh peringkat teratas dimulai dengan, Raja Saudi, Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud; pemimpin spritual Iran, Syed Ali Khamenei; PM Turki Recep Tayyib Erdogan; Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Pimpinan Universitas Al-Azhar, Kairo, Dr Muhammad Sayyid Tantawi; Syaikh Yusuf Al-Qaradawi; Pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir Syaikh Mohammad Mahdi Akef, Sekjen Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah dan Pimpinan Hamas, Khaleed Mishal.Nama Anwar Ibrahim turut disenaraikan di dalam lis 450 “Honourable Mention” di dalam pencapaian di bidang masing-masing dan diantara tokoh Islam yang signifikan di dalam dunia. Nama Anwar Ibrahim tersenarai di bidang politik berserta dengan nama Tun Dr Mahathir Mohammad tetapi nama Mahathir tidak disenaraikan di dalam “Honorable Mention”.Dari kalangan cendekiawan, daripada Malaysia yang tersenarai ialah Prof Emeritus Datuk Osman Bakar, Timbalan Naib Chancellor, Universiti Malaya dan Professor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof. Dr. Mohammad Hashim Kamali.Mohideen Abdul Kadir, Naib Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang di dalam kategori Pembangunan sementara Kumpulan Raihan turut tersenarai di dalam katagori Seni dan Budaya.Dalam pengantar buku yang diterbitkan untuk membantu dan membuka wawasan tentang pengaruh umat Islam di dunia saat ini dan beragamnya kelompok-kelompok Islam yang ada di seluruh dunia.Penyusunan buku ini melibatkan pengamat dunia Islam yang namanya sudah dikenal secara meluas di dunia antarabangsa, Profesor John Esposito dan Profesor Ibrahim Kalin sebagai editor utama.
Monday, November 16, 2009
Wednesday, November 11, 2009
ROYALTI MINYAK : KELANTAN PANGGIL TENGKU RAZALEIGH
Tuesday, November 10, 2009
MEREKA SEDANG PECAHKAN KITA
Ia dipercayai bertujuan untuk memburuk-burukkan PAS di mata umum, kata anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali.Menurut Lo' Lo', kakitangan pejabat beliau menemui banyak risalah yang disebarkan di merata-rata tempat dalam kawasan Parlimen yang diwakili beliau iaitu Titiwangsa.Antaranya, poster dan risalah itu di gantung dan bertaburan atas jalan di Keramat dan sekitar.Poster itu berbunyi 'PAS pecahbelahkan Melayu' dan 'Anwar mainkan PAS'.
Untuk pecahbelahkan Melayu, poster haram tanpa penerbit itu memaparkan gambar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.Risalah Anwar mainkan PAS pula memaparkan gambar Abdul Hadi dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penasihat DAP, Lim Kit Siang."Mereka cuba pecahkan kita," tulis Dr Lo' Lo' dalam pesanan ringkasnya kepada Harakahdaily.
Saturday, November 7, 2009
SEMINAR MEMPERKASAKAN PAS
Ucaputama yang menggariskan halatuju PAS sebagai sebuah parti politik utama dan gerakan Islam dinegara ini disampaikan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Beliau memulakannya dengan memetik ayat suci Al-Quran dari Surah Al-Maidah yang menerangkan tentang sifat sebenar orang beriman dalam melaksanakan urusan perjuangan, suatu amanah yang dituntut dalam kehidupan ini.
Katanya, antara sifat orang-orang beriman itu adalah, mereka mampu berhadapan dengan berbagai celaan orang yang mencela yang menjadikan golongan tersebut ’mampan dan kalis ujian’ dan akan dapat mencapai kemenangan.
Beliau menegaskan, sifat-sifat parti Islam itu jelas berbeza dengan parti politik lain, walau antaranya terdiri dari umat Islam, mereka tidak sampai ke penghujung.
Seminar Memperkasakan Parti ini diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa PAS minggu lalu, setelah suasana ‘kecoh sebentar’ ekoran tulisan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mempertikaikan beberapa pimpinan utama PAS dalam laman blognya.
PAS teruskan komitmen kukuhkan Pakatan Rakyat
Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menegaskan bahawa parti itu akan meneruskan komitmen mereka bagi memperkukuhkan Pakatan Rakyat.
Sehubungan itu, beliau berkata, PAS akan memainkan peranan yang lebih aktif dalam Pakatan Rakyat untuk memimpin rakyat ke arah perubahan.
"Ingin saya tegaskan untuk kesekian kalinya bagi kita terus bersama Pakatan Rakyat.
"Hubungan yang kita bina bersama Pakatan Rakyat ini adalah bertitik tolak dari asas persamaan iaitu semua pihak bersetuju untuk memerangi penyelewengan rasuah dan sebagainya," katanya dalam ucaptama sempena Seminar Memperkasakan Parti di sini, hari ini.
Bagaimanapun Abdul Hadi berkata, persefahaman yang wujud itu dilakukan tanpa mengorbankan dasar yang diperjuangkan PAS.
"PAS bergerak di atas sifatnya sebagai sebuah parti dakwah, hubungan yang terbentuk ini kuat tapi fleksibel.
"Bukan hubungan yang kuat, kukuh tapi tidak fleksibel atau rapuh. Strategi bersama ini berjaya menyekat BN (Barisan Nasional) sehingga kini mereka berhadapan dengan keretakan sebagaimana yang kita saksikan sekarang ini," katanya sebagaimana dilaporkan mStar Online.
Tambah Abdul Hadi, PAS perlu memperkukuhkan kekuatan bagi memenangi undi di kalangan pengundi Islam namun dalam masa yang sama berusaha untuk meraih undi penyokong bukan Islam.
"PAS hendaklah membina dan memperkukuhkan lagi kekuatannya di atas asas pencapaian pengundi Islam yang menjadi tonggak sebenar perjuangan Islam.
"Tapi dalam masa yang sama hendaklah mendapatkan undi bukan Islam sebanyak mungkin kerana inilah pendekatan politik yang sebenarnya, asalkan kita mempelihara, akidah dan menjaga sempadan," katanya.
Menurut Abdul Hadi lagi, PAS perlu mengamalkan dasar keterbukaan dan seterusnya menjalinkan hubungan dengan semua pihak yang boleh membawa kepada kemenangan Islam.
Selain itu dalam ucapannya juga, Abdul Hadi menyeru kepada lebih 1,000 ahli yang menghadiri seminar hari ini supaya bersikap lebih matang dalam menerima setiap kritikan kepada PAS dengan hati terbuka.
"Apabila PAS mendapat perhatian umum, ramai peminat yang akan memberikan komen-komen.
"Ada yang manis, ada pahit, jadi kita kena menjadi parti yang matang menilai antara keritikan untuk kekuatan," katanya.
Monday, November 2, 2009
DIALOG RAKYAT
Turut hadir dalam majlis ini, Pegawai Agama Daerah Langkawi, Tuan Syeikh Mohd. Nor Ismardi b. Ismail. Majlis yang disaksikan hampir 300 rakyat yang berada di sekitar kawasan letak kereta ini tamat sekitar jam 5.00 petang