Tuesday, July 28, 2009

CERAMAH ISU SEMASA

Satu ceramah penjelasan isu semasa anjuran Lajnah Penerangan Dan Dakwah PAS Kawasan Langkawi telah diadakan pada 26 Julai (ahad) bertempat di Ranggut Besar.Penceramah yang dijemput ialah YB Salahuddin Ayub (Naib Presiden PAS) dan Ust Ahmad Yahya (Ketua Pemuda PAS Kedah)
Bilangan orang ramai yang hadir pada ceramah tersebut amat memberansangkan dengan turut kelihatan ialah masyarakat tionghua yang turut hadir pada ceramah itu.

KULIAH MAGHRIB OLEH UST SAHARUDDIN

Sabtu 25 Julai,Satu Kuliah Maghrib oleh Ust Saharudin (PAS Negeri Pahang) telah pun diadakan di Masjid Ar-Rahman Kedawang.Kuliah yang dianjurkan oleh Lajnah Penerangan Dan Dakwah PAS Kawasan Langkawi itu bersempena dengan kehadiran Ust Saharuddin ke Langkawi untuk Program Pemukiman Yayasan Amal Malysia selama dua hari di sini.
Kuliah tersebut dihadiri oleh ahli kariah masjid berkenaan dan beberapa pimpinan PAS Kawasan Langkawi serta Dewan Pemuda PAS Langkawi.

GOTONG-ROYONG SEKITAR PADANG MATSIRAT

Sabtu 25 Julai,Satu gotong-royong besar-besaran telah pun diadakan di Tapak Pasar Malam dan Tanah Perkuburan Islam Padang Matsirat.Gotong-royong tersebut dihadiri oleh sebahagian besar AJK PAS Kawasan Langkawi.
Selain daripada AJK PAS Langkawi,gotong-royong tersebut turut dihadiri oleh AJK Keadilan Bahagian Langkawi,Majlis Ketua Kampung (MKK) dan wakil dari Kelab Penyokong PAS Langkawi.



KEJAOHANA BOLA SEPAK PIALA YDP PAS LANGKAWI

Dewan Pemuda PAS Langkawi telah menganjurkan Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Piala YDP PAS Langkawi pada 17 dan 18 Julai yang lalu.Kejohanan yang berlangsung selama 2 hari itu terbuka kepada semua pasukan bola sepak Langkawi.
YDP PAS langkawi dan Ketua Penerangan PAS Langkawi telah meluangkan masa menghadiri kejohanan tersebut selama dua hari berturut-turut.YDP PAS Langkawi,Sdr Zubir Ahmad turut menyampaikan hadiah kepada pasukan yang menang dalam kejohanan yang julung kali diadakan itu.
PAS Kawasan Langkawi merakamkan ucapan tahniah kepada Dewan Pemuda PAS Langkawi kerana berjaya menganjurkan kejohanan tersebut dengan lancar dan teratur.

Friday, July 10, 2009

GOTONG-ROYONG DI RUMAH MAHMUD LONG

Satu gotong-royong anjuran Lajnah Penerangan Dan Dakwah PAS Kawasan Langkawi telah diadakan pada hari Jumaat 10 Julai 2009 di rumah Sdr Mahmud Long berhampiran Padang Golf Bukit Malut Langkawi.
Berdasarkan maklumat dari beliau,dia sudah menduduki tanah tersebut dan mendirikan rumah sejak tahun 1946.Hasil dari naiktaraf padang golf tersebut telah mengakibatkan rumah beliau sering dimasuki air lumpur kerana pihak pemaju telah menyekat saluran utama sungai berdekatan rumah beliau.
Gotong-royong tersebut adalah bertujuan untuk membersihkan kediaman beliau dan sekitarnya.


Haji Mutalib Majid (Ketua Kampung Mata Ayer) dan Mahmud Long meninjau kawasan persekitaran.

GOTONG-ROYONG RUMAH IBU TUNGGAL

Satu gatong-royong telah diadakan pada hari jumaat 19 jun 2009 di rumah seorang ibu tunggal nama Fauziah di Telok Yu.Menurut cerita ibu tunggal tersebut telah mendiami rumah tersebut bersama seorang anaknya yang berumur 12 tahun selama lebih 10 tahun tanpa mendapat perhatian dari JKKK selama BN memerintah nageri Kedah.
Ibu tunggal tersebut hanya berkerja sebagai buruh kasar di Lafarge Cement untuk menyara hidup dan pangajian anaknya.
Gotong-royong ini adalah anjuran dan inisiatif dari Lajnah Politik PAS Kawasan Langkawi dan diketuai oleh YDP PAS Kawasan Langkawi Sdr Zubir Ahmad.